Saturday, 28 March 2015

Futur.

Bismillah.

Aku selalu sangat merasakan aku kuat untuk menghadapi... tapi ternyata aku lemah setelah mengharungi...
aku selalu merasakan aku tabah untuk menjalani... tapi ternyata aku resah setelah melewati...
aku selalu merasakan aku sabar untuk menunggu... tapi ternyata aku putus asa setelah termangku...
aku selalu merasakan aku tersenyum didepan kamu... tapi ternyata aku menangis dibelakang itu .

Celaru apakah ini, Tuhan?
Air mata jatuh lagi.

Dan ambillah nyawa ku di saat KAU paling redha dengan diriku ini.

Monday, 23 March 2015

Izinkan aku, Tuhan.

Izinkan Aku, Tuhan Bismillah.
Gigil tangan apa yang mendorong aku tulis dalam esak yang tak sudah.Yang buat aku mahu curah walau tiada yang membaca. Biar nanti aku sembuh semula, aku baca, supaya aku sedar nikmat dari Allah Yang Maha Esa tak terhitung banyaknya.
Aku bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi buat aku yang susah dan jarang sakit satu tika dulu. Alhamdulillah atas rahmatNya yang tiada beda hingga hujungnya.
Dan aku tetap bersyukur dengan nikmat nyawa yang masih Allah bagi pinjam walaupun dua tiga bulan yang aku tempuh tanpa aku tahu apa yang terjadi pada diri aku sebenarnya.
Rasa perit apa yang singgah di kepala setiap kali bangun tidur. Rasa perit apa yang singgah di kepala setiap kali cuaca panas membahang. Rasa perit apa yang singgah pada tulang belakang yang pernah jadi satu masalah satu tika dulu dan kini bermasalah balik. Rasa perit apa yang singgah pada kulit badan yang baru terlanggar benda kecil dah merah,bengkak. Rasa perit apa yang singgah pada pinggang secara mengejut ibarat renjatan eletrik yang mencucuk. Rasa perit apa yang singgah pada tangan bila menulis tak sampai 5 minit, aku terasa kebas ya Allah. Rasa perit apa yang singgah pada bahagian tulang dalam paha bila berjalan selangkah demi selangkah. Rasa perit apa yang singgah pada lutut bila mahu diluruskan semula selepas bengkok, ngilunya sampai nak menangis. Rasa perit apa yang singgah pada tapak kaki kanan saat ia menapak perlahan.
Hampir seluruh badan, Ya Allah...
Pernah aku menangis sampai tak tahu nak luahkan sakit itu pada sesiapa. Bukan cara aku luahkan sakit aku pada Ibu , Ayah , Abalong , keluarga apatah lagi sesiapa. Aku sedar bila aku ada satu je dalam hidup aku sekarang yang boleh faham sakit aku --- DIA.
Silap paling besar bila aku ada penyakit takutkan ubat yang dorong diri tak pergi klinik atau hospital untuk buat medical check up. Scientifically, yes, penyakit apa entah yang serang, even aku tak tahu namanya apa. Tapi, non scientifically, 'dia' yang dah lama duduk dalam badan aku ni, yang selalu serang aku bila aku tak jaga amal, yang bila aku sorang tetiba rasa lain macam, tak pernah nak jauhkan diri dari aku. Buat roh aku macam istana, duduk bersemayam berhibur tawa gamaknya dan cuba jauhkan aku dari Engkau. Jangan biar 'dia' jadi raja selain Engkau. Cukup dah aku seksa. Terlalu seksa.
Kalau dulu, aku selalu dengar kisah sakit orang, perit rasa bila lihat mereka yang aku sayang berusaha kuatkan diri untuk teruskan hidup. Biarlah sekarang aku rasa sendiri apa itu makna tabah dan kuat. Mungkin ini yang terbaik buat masa ini. Allah tak beri lebih mampu manusia.
Tuhan, Kiranya ini kafarah dosa atas masa laluku serta akan datang, Kiranya ini ujian untuk Kau teguhkan iman dan aqidah, Kiranya ini tanda kasih sayang Kau yang tidak berpenghujung, Aku redha, Ikhlaskan diri untuk terima tanpa mengeluh, Walau ikhlas itu sendiri tak dapat aku definisikan sebagai apa, Perit yang aku tanggung biar tiada yang rasa, Biar Kau sembuhkan ikut aliran waktu, Bersama insaf jiwa yang moganya ia hadir halus dalam diriku, Tak hilang walau sesaat, Supaya nanti aku pulang padaMu, Dalam baik-baik sahaja, Tiada cela, Husnul khatimah, Moga, Tuhan, Permudahkan segalanya.
Izinkan aku menangisi apa yang terjadi dan Kau beri, dalam diam dalam seorang diri. Izinkan aku hapuskan duka dengan tersenyum di depan mereka yang aku sayangi. Izinkan aku pergi nanti dalam keadaan semua redha pada diri ini, dalam keadaan aku dimaafkan, dalam keadaan aku tidak berhutang, dalam keadaan aku dihalalkan segalanya dalam keadaan aku mencintai mereka sepenuh hati keranaMu Rabbani, dalam keadaan berbakti dan manfaatkan diri buat manusia sekeliling seikhlas diri.
Izinkan aku tabah, Tuhan. Mohon izinkan aku.
Yang sedang membina tabah, AAJ | 22032015 | MLK

Monday, 16 March 2015

Kau , Limited Edition!



"Dia"

Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda.

Ada macam tak ada. Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung. Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri. Hanya dia letakkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam tiada.

Dan dia. Ya. Dia selesa begitu. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu. Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya. Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu. Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yang dia ada. Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya. Dia tak peduli. Dia malas ambil tahu. Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki, Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.

Sedang dalam dengan cara begitu pun. Dia masih tak sedap hati. Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati. Susah menjadi dia? Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat? Itu lagi senang. Senang dia nak jaga diri. Terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia? Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda.

Dipujuk hatinya. "Jangan, itu semua godaan dunia!"
"Wanita itu memang sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa."

Dipujuk hatinya. Walau terasa ingin mencuba, dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah. Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana. Yang kehadirannya tak disedari. Ya, dia selesa begitu. "Seribu Impian Sebelum Hayatku Tiba" Dunia hanyalah sementara.

Kau bukan PELIK. Kau LIMITED EDITION.

Selamat menjadi 'dia'..

cr ; Nur

Saturday, 14 March 2015

R.A.N.D.O.M

    Salam alaik.

pasang lagu *kekasih by devotees* kejap.



Saja bagi feel sikit bila baca apa yang inchek Mustaqir cerita ni.
hahahah!! lagu tak ada kena mengena langsung dengan cerita.



********


"Ana dah jumpa macam² jenis kawan dekat kisas tu.
Ada kawan yang jenis 'kawan biskut'. Kawan biskut ni jenis yang macam bila kita bawak biskut mulalah dia mintak. Bila dah habis biskut blah camtu je. Die datang bila senang je. Macam chipsmore.
.
'Kawan pakai buang' ni pulak jenis yang.. "Weh tolong la aku buat hw. Kalau tak siap nanti aku kene duk luar.." then kita pon tolong. Lepas habis tolong die pon cakap, "k terime kasih bro! Aku terhutang budi dengan kau.." Siap cakap 'wa sayang sama lu' lagi tuuu tapi lepastu menghilang entah kemane. Ni kawan pakai buang namanya. Cari kita bila susah je.
.
Kesimpulannya, kawan yang terbaik itu adalah Sahabat. Kita kene cari jugak Sahabat ni walau apa pun yang terjadi. Sebab deme nilah yang akan bantu kita nanti. Inshaa Allah.." —Mustaqir, ex smbm, 11A je



Ambik pengajaran :))