Friday, 20 July 2018

Rasa yang tak pernah hilang.

After 3 years.

Many things happened and all of them taught me to be the another version of me.

Ayah sakit.
Ukhuwwah renggang.
Masalah belajar.
Move on.

.

Lost and alone.

3 tahun, masa yang tidak singkat bagi seorang aku.
36 bulan, lama.

Sorang. Kosong.
Penuh, bila bergelak tawa. Watak sampingan
 selama beberapa bulan lepas lebih teruk.
aku kecewa hanya sebab seorang lelaki yang dah bertunang dengan pilihan hatinya?
 Saat aku tahu dia dah bertunang, aku masih tak putus harapan. Aku cuba, untuk cari dia kembali. Bulan demi bulan. Dia pandang aku pun taknak. Inikan nak balik pada aku balik kan?? 
Akhirnya, aku merangkak sendiri. Jatuh bangun semua sendiri. Teruk betul heart broken ni.
Haha entahlah. Aku sendiri tak habis fikir mana silap aku.
Mungkin keadaan sekeliling juga?
Aku solat, minta petunjuk, minta jauh dan buang "dia" dari hidup dan ingatanku tapi sebaliknya yang jadi.
nak tahu apa jadi?
Semakin aku berdoa kpd Dia supaya hilangkan dia dri hidup aku,
Allah temukan pula aku dan kakaknya,
Allah jumpa kan aku dengan ibunya.
exactly secara tak sengaja dan ada sebab kenapa kan Dia temukan kami?
Aku masih menanti hikmahnya.
Wallahi, aku rasa teruk gila aku masa tu nk move on.
Yelah, semua orang berkaitan dengan "dia" masih ada keliling aku.
Aku buntu.
Adakah ni jawapan untuk setiap doa2 aku? 
akhirnya, bila aku dah berhenti doa supaya Allah pulangkan hatinya pada aku,
aku belajar melepaskan, merelakan walau terkadang hati tk ikhlas.
aku juga mula sedar sesuatu.. 
"sejauh mana pun kita kejar seseorang , selama manapun kita tunggu,
tapi bila Allah tak izinkan kita bersama, kita tetap takkan bersama." 

Hei hati, Sabarlah ya. Allah kan maha Mengetahui? 

Ini juga antara sebab2 kenapa aku terus quit study. macam mana aku nak teruskan? kalau semangat aku pun dah kena tiup angin? aku rasa takde sokongan. 
Teringat kata2 Doc Syamimi masa aku inform aku nk quit study.
"Why so suddenly Amirah? Have u think it wisely? Are u so sure dear..?"
Aku pun mula cerita pada dia, 
".....................*rahsia*................................... thats why la doc i nak stop, i think i cant do this anymore..i think this is the best choice. I want to start my new life.." belum sempat aku habiskan cakap, Doc dah menyelit, "tapi amirah, selain quit, awak ada pilihan untuk extend kan? come on dear, awaklah student paling tunjukkan yang awk minat course psycology ni. teruskan lah dear.. u dah halfway..but if u want to, its okay. i understand your condition..Apapun, jangan lupakan Tuhan ya sayang.. cari DIA dalam apa jua keadaan sekali pun."
Hm kalau fikir balik, memang sayang nak quit. Tapi aku gagahkan jua hati. Aku betul2 tak mampu nakk teruskan apa2 lagi. Aku tak kuat. Cuma bila berdepan dengan orang yang aku sayang, aku masih boleh gelak senyum dan ketawa. sebab aku taknak risaukan diorang :'( 
Cuma bila aku ada masa untuk berseorangan, aku lah manusia paling lemah, lembik sekali.
Allah baru uji aku hilang orang yg aku sayang dah lemah macamni
 bukannya hilang Ibu Ayah orang yang paling penting dlm hidup.
Masa pun berlalu, aku rasa sedikit kuat. Aku cuba bangkit dari jatuh yang hampir mematikan aku.
Aku mula rasional. Aku masih ada keluarga, masih ada kawan. Aku perlu jaga hati mereka, aku perlu bahagiakan mereka juga. Aku tak boleh selfish. layan sedih sendiri sampai lupa aku masih ada mereka untuk dihargai... 
Dan ya, aku masih dalam perjalanan untuk move on. Doakan ya.

.



But deep inside my heart, no one knows. (Of couse, because only Him knows everything, well yeah.)

2018. And today, I found the hikmah(s).

Ayah is getting better. Even lambat tapi insyaAllah Allah akan sembuhkan.
Hubungan dengan kawan-kawan semakin baik dan lebih rapat dari sebelum. Salah faham - kosong.
Masalah belajar? Done quit study.. InsyaAllah ada hikmah lain akan menyusul. Tunggu Ayah sihat dan duit cukup baru akan diteruskan belajar. Moga Allah mudahkan.

Watak sampingan, sudah menjadi watak penting dalam hidup aku.
Hidup makin seimbang.

Kenapa dulu? 
Sebab hubungan dengan Allah tak jaga. Maka Allah uji dengan segala yang aku ada di dunia.

Sekarang bagaimana? 
Alhamdulillah, Allah beri apa yang di luar aku duga.

Yang sedang baca,
Ajar aku erti bersyukur.
Tegur, bila aku terleka.
Sungguh, kau yang aku cari dan ada dalam doa.

"Hadirkan sesiapa yang boleh dekatkan diri aku pada Kau."

InsyaAllah, kau yang bakal datang, itulah yang terbaik dari Tuhan yang sayang aku dan kau. 

Tuhan, aku yakin, sayang Dia lebih dari murkaNya. Moga Allah berkati dan limpahkan kita semua dengan kasih sayangNya. Allahumma ameen.

Alis Amirah Johari,
20 Julai 2018
Melaka.

Monday, 11 July 2016

perhati

Bismillah.


Aku perhati kau dari jauh.
aku lihat kau makin gah
makin kental
makin bahagia
hidup
dengan cinta-Nya.
Aku perhati kau dari jauh
hati aku sedikit cemburu
bagaimana kau bisa sekental itu
padahal dulu
kaulah yang cukup rapuh
Aku perhati kau lagi dari jauh
melihat kau tersenyum bersama 'dia'
aku bahagia
kau kini bisa senyum bahagia
kau kini bisa berlapang dada
walau badai yang melanda
kau tetap teguh pada-Nya
tidak berganjak walau seinci cuma
Aku perhati kau dari jauh
bukan bermakna aku menjauh
bukan kerana jarak yang memisah
cuma
aku yang malu
kau kini si dia yang ditunggu
kau kini si dia yang dirindu
tidak lagi seperti dulu
Aku perhati kau dari jauh
aku yang malu
kau kini mentari yang menyinar
kau kini permata yang menyilau
tidak seperti aku
lapuk ditelan masa
masih di takuk yang sama

janganlah dicari
insan hina ini
pergilah kau menyinari
hari hari yang menanti
usah dipeduli
bunga yang kian melayu disini
tetaplah kau disana
mencari permata
bagi menyinari kami disini
Aku perhati kau dari jauh
tetaplah kau teguh
dijalan yang kau tempuh
selamatlah kau
bersama akidah yang teguh.

pergilah.
aku juga mampu bahagia.
Tuhan,
semoga kali ini, pabila aku sudah betul-betul melangkah pergi,
akan ada hikmah baru yang akan aku pelajari....tanpa dia disisi.


Yang ditinggalkan dan bakal meninggalkan,
Amirah | 11072016 | 1602

Sunday, 13 December 2015

--

Bismillah.

Ibu, Kak Ngah sedih sangat ni. Kak Ngah taktahu nak luah kat siapa. Kak Ngah takde siapa nak luahkan sedih ni, bu. Ibu dengarlah. Kak Ngah tak tahan dah nak tanggung benda yang baru berlaku ni, bu. Anak ibu dah hilang kekuatan ni. Kak Ngah nak peluk ibu tapi really not me to share my sadness. Sebab taknak ibu risau maybe? Rindulah nak lentok kepala kat bahu ibu, menangis tersedu. Ayah, tak sanggup dah nak buat Ayah risau. Cukuplah kot. Abalong, rindulah nak peluk abang. Pastu menangis sambil jerit dekat dada abang. Sahabat, tak sanggup dah aku bercerita membebankan kepala. Sampai akhirnya aku jumpa satu saja yang tak jemu dengan aku, yang selalu ada di sisi tapi aku yang tak sedarkan diri.

Aku menangis ni, Ya Rahman.
Aku tadah tangan tadi sambil menangis sampai hidung tersumbat, tiada ruang untuk bernafas. 
Sampai aku menulis ni pun, linang air mata apa yang tak berhenti ni, Ya Allah?

Aku putus harapan ni, Ya Rahim.
Aku rasa separuh jiwa aku melayang bila aku jatuh sebab orang yang Engkau cipta, sedangkan aku boleh bangkit sebab Engkau.

Aku sedih ni, Ya Rabbul Izzati.
Hapuskan duka yang lama tak singgah, sampai buat jiwa aku luruh tak sudah.
Hilangkan esak aku yang sering kunjung tiba, yang hampir hilangkan fokus matlamat sebenar hidup aku.
Pinjamkan kekuatanMu buat roh aku yang lemah menunggu masa rebah selamanya.

Apa silap aku?

Silap aku bila aku dekatkan diri masa aku susah tapi bukan masa senang. Kan? :'(

Aku solat, tapi tak rasa khusyuk.
Aku baca Al-Quran, tapi tak rasa memahami.
Aku tahajjud, tapi tak rasa menjiwai.
Aku doa, tapi tak rasa kehambaan.

Selaput hitam apa yang belenggu diri ini, Ya Allah?

Gilanya aku bila ada masalah baru cari Tuhan.
Hinanya aku bila rasa sebak membungkam baru cari Dia.
Jahilnya aku bila tak berlapang dada dengan apa yang Dia kirim.

Hampir pecah hati aku tahan sebak ni Ya Allaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :'(

Masih aku ingin kata --- Terima kasih, Ya Khaliq, atas kurniaan mehnah yang terlalu berada di puncak kelemahan aku. I am really in the lowest and weakest point of my life. Tapi, tanpa rasa sedih ini, mana mungkin aku nak sedar diri balik pada Yang Maha Mendengar Segala kan?

Al-Fatihah untuk hati yang sakit mencucuk dan tahan sebak membuak.

Izinkan aku senyum lagi. Lagi dan lagi nanti.

Selamatkan diri aku, bila nanti aku jatuh tak terbangun tiada yang hulurkan tangan.
Selamatkan diri aku dengan keagunganMu.
Mohon selamatkan diri aku.


Yang minta diselamatkan, 
El Amirah | 14122015 | MLK

Thursday, 10 December 2015

Mungkin kita pepasir saja bukan mutiara

Seberapa kuat pun,
Kita menyayangi seseorang itu,
Tidak ada gunanya juga,
Andai dia tidak nampak keberadaan kita.

Sudahlah,
Untuk apa menadah diri,
Pada yang tidak tahu menghargai,
Tiap penat lelah yang kau perjuangi.

Bangkitlah,
Dari terus merasa sakit lagi,
Lalu cari bahagia kau sendiri.


 - perempuanmatahari

Wednesday, 1 April 2015

jatuh jatuh jatuh.

Air mata jatuh lagi.

Banyak sangat yang membuak dalam dada. Sakit ini bila entah mahu hilang. Menyerang kadang dengan tiba-tiba sampai terpaksa skip kelas. 


Aku mampu bergelak tawa dengan mereka, senyum dan layan segala usikan bila aku yakin diri dah cukup kuat untuk tahan rasa sakit. Tapi bila duduk seorang di bilik, lemahnya Tuhan. Headache selalu attack tiba-tiba sampai tak boleh bangun. Kenapa ni sebenarnya?


Menangis, menangis lagi. Rasa diri lemah, tak kuat menahan.


Aku sangkal kisah-kisah yang terkandung masalah. Dari kawan sekeliling, dalam team comittees stjohn, attitude masing-masing, positive negative from the latest meeting sjam.


What was happened?


Teringat apa yang jadi masa meeting last time. Aku lupa yang aku kena bawa kertas kerja kem tu. 

Teringat apa yang jadi masa dkt mana ntah aku cpt betul lupa.


What was happened?


C.Corporal sjam of mine ada yang tanya 'Kenapa your face macam orang sakit? u look so pale...? Seriously, you are often like that. Are you okay Alis? If u're not i can say to lee wen.'
Aku hanya balas 'No,Im okay. maybe too tired?' 


I never thought sebenarnya yang akan ada yang noticed that thing.

Sebab bila dkt class my friends never ask about it.

Rindunya. Rindu aku yang dulu susah betul nak sakit but now hmm.


Aku sangkal. Aku sangkal apa yang aku fikirkan ini jadi punca kepala sakit tak menentu.

Sebab rindu tidak akan sesekali menjadi punca. Kenangan terjah satu persatu.

Airmata jatuh lagi.


Kuatkan aku, Tuhan.

Saturday, 28 March 2015

Futur.

Bismillah.

Aku selalu sangat merasakan aku kuat untuk menghadapi... tapi ternyata aku lemah setelah mengharungi...
aku selalu merasakan aku tabah untuk menjalani... tapi ternyata aku resah setelah melewati...
aku selalu merasakan aku sabar untuk menunggu... tapi ternyata aku putus asa setelah termangku...
aku selalu merasakan aku tersenyum didepan kamu... tapi ternyata aku menangis dibelakang itu .

Celaru apakah ini, Tuhan?
Air mata jatuh lagi.

Dan ambillah nyawa ku di saat KAU paling redha dengan diriku ini.

Monday, 23 March 2015

Izinkan aku, Tuhan.

Izinkan Aku, Tuhan Bismillah.
Gigil tangan apa yang mendorong aku tulis dalam esak yang tak sudah.Yang buat aku mahu curah walau tiada yang membaca. Biar nanti aku sembuh semula, aku baca, supaya aku sedar nikmat dari Allah Yang Maha Esa tak terhitung banyaknya.
Aku bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah bagi buat aku yang susah dan jarang sakit satu tika dulu. Alhamdulillah atas rahmatNya yang tiada beda hingga hujungnya.
Dan aku tetap bersyukur dengan nikmat nyawa yang masih Allah bagi pinjam walaupun dua tiga bulan yang aku tempuh tanpa aku tahu apa yang terjadi pada diri aku sebenarnya.
Rasa perit apa yang singgah di kepala setiap kali bangun tidur. Rasa perit apa yang singgah di kepala setiap kali cuaca panas membahang. Rasa perit apa yang singgah pada tulang belakang yang pernah jadi satu masalah satu tika dulu dan kini bermasalah balik. Rasa perit apa yang singgah pada kulit badan yang baru terlanggar benda kecil dah merah,bengkak. Rasa perit apa yang singgah pada pinggang secara mengejut ibarat renjatan eletrik yang mencucuk. Rasa perit apa yang singgah pada tangan bila menulis tak sampai 5 minit, aku terasa kebas ya Allah. Rasa perit apa yang singgah pada bahagian tulang dalam paha bila berjalan selangkah demi selangkah. Rasa perit apa yang singgah pada lutut bila mahu diluruskan semula selepas bengkok, ngilunya sampai nak menangis. Rasa perit apa yang singgah pada tapak kaki kanan saat ia menapak perlahan.
Hampir seluruh badan, Ya Allah...
Pernah aku menangis sampai tak tahu nak luahkan sakit itu pada sesiapa. Bukan cara aku luahkan sakit aku pada Ibu , Ayah , Abalong , keluarga apatah lagi sesiapa. Aku sedar bila aku ada satu je dalam hidup aku sekarang yang boleh faham sakit aku --- DIA.
Silap paling besar bila aku ada penyakit takutkan ubat yang dorong diri tak pergi klinik atau hospital untuk buat medical check up. Scientifically, yes, penyakit apa entah yang serang, even aku tak tahu namanya apa. Tapi, non scientifically, 'dia' yang dah lama duduk dalam badan aku ni, yang selalu serang aku bila aku tak jaga amal, yang bila aku sorang tetiba rasa lain macam, tak pernah nak jauhkan diri dari aku. Buat roh aku macam istana, duduk bersemayam berhibur tawa gamaknya dan cuba jauhkan aku dari Engkau. Jangan biar 'dia' jadi raja selain Engkau. Cukup dah aku seksa. Terlalu seksa.
Kalau dulu, aku selalu dengar kisah sakit orang, perit rasa bila lihat mereka yang aku sayang berusaha kuatkan diri untuk teruskan hidup. Biarlah sekarang aku rasa sendiri apa itu makna tabah dan kuat. Mungkin ini yang terbaik buat masa ini. Allah tak beri lebih mampu manusia.
Tuhan, Kiranya ini kafarah dosa atas masa laluku serta akan datang, Kiranya ini ujian untuk Kau teguhkan iman dan aqidah, Kiranya ini tanda kasih sayang Kau yang tidak berpenghujung, Aku redha, Ikhlaskan diri untuk terima tanpa mengeluh, Walau ikhlas itu sendiri tak dapat aku definisikan sebagai apa, Perit yang aku tanggung biar tiada yang rasa, Biar Kau sembuhkan ikut aliran waktu, Bersama insaf jiwa yang moganya ia hadir halus dalam diriku, Tak hilang walau sesaat, Supaya nanti aku pulang padaMu, Dalam baik-baik sahaja, Tiada cela, Husnul khatimah, Moga, Tuhan, Permudahkan segalanya.
Izinkan aku menangisi apa yang terjadi dan Kau beri, dalam diam dalam seorang diri. Izinkan aku hapuskan duka dengan tersenyum di depan mereka yang aku sayangi. Izinkan aku pergi nanti dalam keadaan semua redha pada diri ini, dalam keadaan aku dimaafkan, dalam keadaan aku tidak berhutang, dalam keadaan aku dihalalkan segalanya dalam keadaan aku mencintai mereka sepenuh hati keranaMu Rabbani, dalam keadaan berbakti dan manfaatkan diri buat manusia sekeliling seikhlas diri.
Izinkan aku tabah, Tuhan. Mohon izinkan aku.
Yang sedang membina tabah, AAJ | 22032015 | MLK

Monday, 16 March 2015

Kau , Limited Edition!



"Dia"

Dia tak cantik menggoda. Tanpa bulu mata palsu. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna. Tak menggoda.

Ada macam tak ada. Matanya tak galak. Tak redup. Hanya mata biasa-biasa. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow . Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung. Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri. Hanya dia letakkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam tiada.

Dan dia. Ya. Dia selesa begitu. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu. Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya. Bukan dia kedekut. Cuma rasa tak perlu. Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu. Sederhana dengan caranya. Bersyukur dengan apa yang dia ada. Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya. Dia tak peduli. Dia malas ambil tahu. Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki, Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.

Sedang dalam dengan cara begitu pun. Dia masih tak sedap hati. Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati. Susah menjadi dia? Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat? Itu lagi senang. Senang dia nak jaga diri. Terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia? Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda.

Dipujuk hatinya. "Jangan, itu semua godaan dunia!"
"Wanita itu memang sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa."

Dipujuk hatinya. Walau terasa ingin mencuba, dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba, kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah. Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana. Yang kehadirannya tak disedari. Ya, dia selesa begitu. "Seribu Impian Sebelum Hayatku Tiba" Dunia hanyalah sementara.

Kau bukan PELIK. Kau LIMITED EDITION.

Selamat menjadi 'dia'..

cr ; Nur

Saturday, 14 March 2015

R.A.N.D.O.M

    Salam alaik.

pasang lagu *kekasih by devotees* kejap.



Saja bagi feel sikit bila baca apa yang inchek Mustaqir cerita ni.
hahahah!! lagu tak ada kena mengena langsung dengan cerita.



********


"Ana dah jumpa macam² jenis kawan dekat kisas tu.
Ada kawan yang jenis 'kawan biskut'. Kawan biskut ni jenis yang macam bila kita bawak biskut mulalah dia mintak. Bila dah habis biskut blah camtu je. Die datang bila senang je. Macam chipsmore.
.
'Kawan pakai buang' ni pulak jenis yang.. "Weh tolong la aku buat hw. Kalau tak siap nanti aku kene duk luar.." then kita pon tolong. Lepas habis tolong die pon cakap, "k terime kasih bro! Aku terhutang budi dengan kau.." Siap cakap 'wa sayang sama lu' lagi tuuu tapi lepastu menghilang entah kemane. Ni kawan pakai buang namanya. Cari kita bila susah je.
.
Kesimpulannya, kawan yang terbaik itu adalah Sahabat. Kita kene cari jugak Sahabat ni walau apa pun yang terjadi. Sebab deme nilah yang akan bantu kita nanti. Inshaa Allah.." —Mustaqir, ex smbm, 11A je



Ambik pengajaran :))



Friday, 27 February 2015

Rindu ? Entahlah.


Assalamualaikum.




Pernah tak tiba tiba rasa sebak ? Pernah tak tiba tiba rasa sedih ? Pernah tak tiba tiba rasa rindu ? Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa. Sayang sekalian, itu tandanya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ? Semalam ? Kelmarin ? Minggu lepas ? atau.. Tak pernah langsung ? Allah. Allah .. sayang. Bila tiba tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu. Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak. No no. Itu rasa Allah yang bagi. Cuba kalau . Rasa sedih sebak nak menangis. Kita cepat cepat pergi toilet. Carik kepala paip. Bukak paip. Mandi? Tak. Amik wudhu'. Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab apa ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni. ? Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu. Nah! Lepas siap mengadu, mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. Sayangg.. Walaupun tiada bahu untu bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah , tapi. Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah . Okay. Jangan sesedih lagi. La tahzan. Innallaha ma'ana. Renung renungkan lah Moga Allah Redha. Wallahu'alam

Saturday, 14 February 2015

U.S.R.A.H. ?

usrah semalam betul-betul deep.
aku masuk pun dah last-last sebab sebelum tu ada test.
tak tahu nak cerita macam mana.
Kak Ain (Kak Naqibah).
ada sentuh pasal "Hati".
hmm.
mula-mula tu.. aku tak rasa apa-apa pun.
rasa biasa ja.
*hati keras sikit*
tiba-tiba dia cakap lingkungan umur 19-22 memang hati kita, diri kita klimaks nak cari pasangan. nak nikah, nak nikah muda kononnya, nak elak maksiat, nak menjaga, ada target kononnya. nak kahwin selepas 20 dan sebelum 25.
*dush*
betul-betul rasa kena betul-betul dekat muka aku.
yaa, betul. sangat betul.
aku rasa semua tu.
rasa nak nikah, rasa nak bina "baitul muslim".
Kak Ain ada cakap,
"hati-hati dengan hati kita. fitrah kita rasa semua tu. semua akan alami, terlebih-lebih lagi seorang muslimat. asyik nak fikir soal kahwin. sampai terlupa pasal ajal. pasal seorang muslimat yang akan jadi "Madrasah Tarbiyyah".
*zappp*
rasa betul-betul aku punya muka kena simbah air sejuk.
lagi tersentap. hmm.
"macam mana nak nikah? baca pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah. kita ni nanti madrasah untuk anak-anak. kita yang akan tarbiyyah anak-anak. kalau kita pun tak kuat nak cari ilmu, nak tahu pasal agama, agak-agak yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? akan jadi mujahid mujahidin Islam? tak salah nak fikir soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tapi ustaz ada cakap, "jodoh kita adalah cerminan dari diri kita" jadi antumna tahu diri antumna macam mana?"
*aku terus tertunduk*
malu nak angkat muka.
aku ni.. ilmu pun tak sampai sebesar zarah. bangun qiam pun kadang-kadang alarm yang gerak. dhuha pun kalau sempat baru aku buat. nak baca al-Quran pun malas. lepas tu, asyik fikir soal kahwin.
*tampaq muka*
sedar sikit diri tu tak tara mana pun.
rasa nak menangis.
terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta.
diakhir doa solat, selalu sebut pasal jodoh.
fuhhh.
bila Allah hantar betul-betul.
terus,
setiap masa ingatkan "jodoh".
masa makan.
masa belajar.
sampaikan waktu solat pun asyik terbayang.
nak baca al-Quran pun dah tak khusyuk macam sebelum ni.
Allah.
cepat sungguh lupa "pencipta".
bila dah pandai kenal "pencinta".
kononnya, "bakal Imam".
haha. tak sedar diri ni tak lama lagi nak kena tanam.
betullah kata seorang murabbi ni,
"malapetaka besar itu datangnya dari percintaan."
*glup*
rasa macam nak kena campak ke neraka jahanam.
yaa.
niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan kereta api.
hmm.
kejar balik. cari balik.
kadang, bila dah niat lari.. automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni.
"jodoh".
mohon jauh-jauh dari diri ini.
mohon.. jangan hadir saat aku sedang mencari cinta Ilahi.
mohon...
kerana hati ni lemah.
iman ini goyah.
diri ini terkadang lemah.
muslimah pun iman goyah?
ya.
lagi besar ujian sebenarnya.
lagi kita menjauh.
lagi dia menghampiri.
cinta?
hati?
simpan untuk yang layak memiliki.
biarlah untuk Ilahi.
jika kerana dia,
aku lalai dari menyintai Ilahi.
mohon.
pergi jauh-jauh.
aku mohon.
aku nak jadi bidadari syurga.
aku nak jadi serikandi Islam.
aku nak jadi madrasah tarbiyyah.
pegang hati.
cakap pada hati.
"aku kena berubah. letak simen banyak-banyak dekat hati, jadi benteng agar tak runtuh dengan penyakit hati, selalu pergi "gym tarbiyyah", baru sado iman tak lemah, tak gundah, tak rebah."

Saturday, 7 February 2015

Maaf andai menjauh.

Assalamualaikum.

what a bored day.

*scrolling twitter*

 and terjumpa gambar ni.

makan dalam lah juga.



Memang perfect timing lah! Hekhek.
Taktahu la nak bagi alasan apa bila jauh di sudut hati kita sendiri ni nak lari dari seseorang.
Lari bukan kerana benci tapi maaf ku juga perlu waktu untuk sendiri.
Maaf sekali lagi. Ku pilih untuk menjauh darimu.