Friday, 27 February 2015

Rindu ? Entahlah.


Assalamualaikum.




Pernah tak tiba tiba rasa sebak ? Pernah tak tiba tiba rasa sedih ? Pernah tak tiba tiba rasa rindu ? Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa. Sayang sekalian, itu tandanya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ? Semalam ? Kelmarin ? Minggu lepas ? atau.. Tak pernah langsung ? Allah. Allah .. sayang. Bila tiba tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu. Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak. No no. Itu rasa Allah yang bagi. Cuba kalau . Rasa sedih sebak nak menangis. Kita cepat cepat pergi toilet. Carik kepala paip. Bukak paip. Mandi? Tak. Amik wudhu'. Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab apa ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni. ? Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu. Nah! Lepas siap mengadu, mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. Sayangg.. Walaupun tiada bahu untu bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah , tapi. Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah . Okay. Jangan sesedih lagi. La tahzan. Innallaha ma'ana. Renung renungkan lah Moga Allah Redha. Wallahu'alam

Saturday, 14 February 2015

U.S.R.A.H. ?

usrah semalam betul-betul deep.
aku masuk pun dah last-last sebab sebelum tu ada test.
tak tahu nak cerita macam mana.
Kak Ain (Kak Naqibah).
ada sentuh pasal "Hati".
hmm.
mula-mula tu.. aku tak rasa apa-apa pun.
rasa biasa ja.
*hati keras sikit*
tiba-tiba dia cakap lingkungan umur 19-22 memang hati kita, diri kita klimaks nak cari pasangan. nak nikah, nak nikah muda kononnya, nak elak maksiat, nak menjaga, ada target kononnya. nak kahwin selepas 20 dan sebelum 25.
*dush*
betul-betul rasa kena betul-betul dekat muka aku.
yaa, betul. sangat betul.
aku rasa semua tu.
rasa nak nikah, rasa nak bina "baitul muslim".
Kak Ain ada cakap,
"hati-hati dengan hati kita. fitrah kita rasa semua tu. semua akan alami, terlebih-lebih lagi seorang muslimat. asyik nak fikir soal kahwin. sampai terlupa pasal ajal. pasal seorang muslimat yang akan jadi "Madrasah Tarbiyyah".
*zappp*
rasa betul-betul aku punya muka kena simbah air sejuk.
lagi tersentap. hmm.
"macam mana nak nikah? baca pun tak pandai nak tarbiyyah untuk jadi tabah. kita ni nanti madrasah untuk anak-anak. kita yang akan tarbiyyah anak-anak. kalau kita pun tak kuat nak cari ilmu, nak tahu pasal agama, agak-agak yang lahir dari rahim kita nanti akan jadi pejuang agama? akan jadi mujahid mujahidin Islam? tak salah nak fikir soal jodoh, nak minta pada Allah jodoh kita yang baik-baik tapi ustaz ada cakap, "jodoh kita adalah cerminan dari diri kita" jadi antumna tahu diri antumna macam mana?"
*aku terus tertunduk*
malu nak angkat muka.
aku ni.. ilmu pun tak sampai sebesar zarah. bangun qiam pun kadang-kadang alarm yang gerak. dhuha pun kalau sempat baru aku buat. nak baca al-Quran pun malas. lepas tu, asyik fikir soal kahwin.
*tampaq muka*
sedar sikit diri tu tak tara mana pun.
rasa nak menangis.
terlalu mencari pencinta sampai lupa pencipta.
diakhir doa solat, selalu sebut pasal jodoh.
fuhhh.
bila Allah hantar betul-betul.
terus,
setiap masa ingatkan "jodoh".
masa makan.
masa belajar.
sampaikan waktu solat pun asyik terbayang.
nak baca al-Quran pun dah tak khusyuk macam sebelum ni.
Allah.
cepat sungguh lupa "pencipta".
bila dah pandai kenal "pencinta".
kononnya, "bakal Imam".
haha. tak sedar diri ni tak lama lagi nak kena tanam.
betullah kata seorang murabbi ni,
"malapetaka besar itu datangnya dari percintaan."
*glup*
rasa macam nak kena campak ke neraka jahanam.
yaa.
niat sebenar sedikit sebanyak dah lari dari landasan kereta api.
hmm.
kejar balik. cari balik.
kadang, bila dah niat lari.. automatik Allah tarik balik apa yang kita dapat sebelum ni.
"jodoh".
mohon jauh-jauh dari diri ini.
mohon.. jangan hadir saat aku sedang mencari cinta Ilahi.
mohon...
kerana hati ni lemah.
iman ini goyah.
diri ini terkadang lemah.
muslimah pun iman goyah?
ya.
lagi besar ujian sebenarnya.
lagi kita menjauh.
lagi dia menghampiri.
cinta?
hati?
simpan untuk yang layak memiliki.
biarlah untuk Ilahi.
jika kerana dia,
aku lalai dari menyintai Ilahi.
mohon.
pergi jauh-jauh.
aku mohon.
aku nak jadi bidadari syurga.
aku nak jadi serikandi Islam.
aku nak jadi madrasah tarbiyyah.
pegang hati.
cakap pada hati.
"aku kena berubah. letak simen banyak-banyak dekat hati, jadi benteng agar tak runtuh dengan penyakit hati, selalu pergi "gym tarbiyyah", baru sado iman tak lemah, tak gundah, tak rebah."

Saturday, 7 February 2015

Maaf andai menjauh.

Assalamualaikum.

what a bored day.

*scrolling twitter*

 and terjumpa gambar ni.

makan dalam lah juga.



Memang perfect timing lah! Hekhek.
Taktahu la nak bagi alasan apa bila jauh di sudut hati kita sendiri ni nak lari dari seseorang.
Lari bukan kerana benci tapi maaf ku juga perlu waktu untuk sendiri.
Maaf sekali lagi. Ku pilih untuk menjauh darimu.