Friday, 4 July 2014

Oh Allah the Almighty, please make me strong :'(



 السلام عليكم 

Aku cuba...

Untuk berubah...
Dan aku rasa ada sikit perubahan dalam diri ni lebih ke arah kebaikan..
Tapi.. tak dimata orang. 


Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.

(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.)


aku tahu hidup dunia cuma sementara
tapi seolah-olah ku hidup untuk selamanya


aku tahu segala amalan bakal dihisab,

tapi masih kulupakan alam akhirat

aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan

tapi maksiat masih berterusan

aku tahu solat itu penting

tapi selalu memandangnya enteng

aku tahu solat itu tiang agama,

tapi sering saja aku lewatkannya

aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja,

tapi solat masih tak dijaga

aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran,

tapi masih liat nak mengulang

aku tahu aurat itu aib diri,

tapi masih x pandai menjaga diri

aku tahu cinta itu fitrah,

tapi aku jadikannya fitnah

aku tahu apa itu dosa apa itu pahala,

tapi aku seolah x endahkannya

aku tahu Allah sentiasa memerhati

tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi

aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya,

tapi aku sering berputus asa

aku tahu aku ini hamba-Nya

tapi masih hanyut dengan dunia

aku tahu azab-Nya api neraka,

tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya

aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga

tapi x berusaha untuk medapatkannya..


Nak berubah ni macam macam dugaan Allah beri.. Tadi baru lepas gaduh kecik dengan classmate sendiri..Yea lah dah bincang elok2..dah atur elok2... tiba2 dia kecoh kat semua orang.. Kita pn as ketua mestilah tegur kan.. tanya kenapa.. apa semua.. bila cakap 'kenapa tak ajak 1 sekolah?' terasa, pandai pula terasa.. ingatkan tak tau rasa terasa tu.. Panjang juga la salah faham tu.. Sepanjang gaduh tu..dia banyak putar belitkan cerita. kaitkan perubahan aku la..ayat aku kasaq la..aku gurau xbertempat lah..yea lah aku salah..takpelah. aku xkesah.. bagi aku..ayat 'kenapa tak ajak 1 sekolag je?' ayat biasa..ayat gurau yg langsung xmenyentuh perasaan..tapi ntah kenapa kau terasa..kau pernah kutuk aku ye?? sebab tu terasa kan... em.. ye aku tgh cuba berubah.. kau lagi jatuhkan aku dpn orang ramai kan.. takpe.. what goes around comes around :) aku percaya ! aku keras kepala.. nak juga pertahankan diri ni saat semua salahkan aku tadi.tapi aku ada alasan. takkan nak biar dihina macam tu je kan.kita mula dengan perkataan yg baik..tapi dia. balas dengan pendustaan..!!!Fad banyak bagi semangat..dia sruh sabar..istighfar.. aku buat..tapi maaf..memang tak boleh control masatu..tiba2 je nak hukum orang. kau siapa ha kau siapa? kau Tuhan ke nak hukum aku? tak boleh ye tegur baik2? tak boleh eh tak boleh? oh ye lupa..."Hati yang kotor selalu melihat keburukan bahkan mencari pula salah orang lain"Ye aku mengaku.. banyak kali aku rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap aku bila aku cuba untuk berubah jadi yang lebih baik.. pelbagai dugaan yg datang . Bantahan. Makian. Sindiran. Fitnah. Penyisihan.
Pengajaran untuk aku mungkin? :')
Selawat dan Bersabar duhai hati..
Ya Allah.. kadang aku terasa dengan makian,sindiran org keliling.. tapi macam mana pun.. aku harus istiqamah. Aku akan teruskan jihad ni. Ini janji aku. ya itu janji aku. Sepanjang perjalanan aku nak berubah ni.. Aku sedar banyak perkara... Bahwa manusia suka mencari kesempurnaan dalam diri seseorang dan suka menghukum sblum tahu kebenarannya..Susahnya nak berubah.. susah sangat..
Mak selalu pesan bila otp.. mak cakap memang la mula2 macamtu.. lepasni.. dah kuat... dah tak pandang lagi dah tomahan tu.. jadi sabar selagi mampu.. kerana apa? "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (2:286)" ya mak.. in shaa Allah mya cuba... 
terima kasih mak.. mak banyak support aku utk berubah.. 
Aku cuma nak tegas kat sini.. cukuplah menghina mencaci orang yang nak berubah ni.. benda baik.. kau sepatutnya bantu.. bukan lagi jatuhkan :) "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka"(Surah Ar-Rad:11)"

Bila kita nak berubah, Allah akan hantar orang yang baik2 dengan kita.. Tak percaya?? cubalah :')
aku dah rasa...walaupun hilang orang yang kita sayang..tapi yakinlah bahwa perancangan Allah itu indah :)

DUGAAN2 YANG KITA RASA APABILA BERUBAH 
#Kawan yang sama gelak dengan kita dulu akan meninggalkan kita
aku rasa ni semua akan dirasai oleh semua orang yang baru berubah,tapi tak kurang jugak yang support,ada jugak yang menjatuhkan.Kawan-kawan yang dulunya gelak ketawa,yang hangout sama-sama dengan kita dulu,perlahan-perlahan akan hilang dari mata kita nanti,Kenapa?Sebab mereka fikir yang kita ni dah pelik dah tak sekepala dengan mereka,dah tak boleh dibawak keluar jalan-jalan.Ada jugak yang cakap "Ko dah berubah?Ala..kenapa kau berubah?Lepasni susahlah nak bawak ko g mana-mana"."Ko kalau nak keluar dengan kiteorang jangan pakai macam ni dan macamni".Agak-agak kita lah,kawan yang baik ke macam tu?kawan yang baik akan membawa kita ke arah kebenaran,jalan Allah bukan menjahanmkan kita,bukan kondem kita.Ada yang akan cakap kita ni berlagak bagus,ada yang lama-lama nanti takkan bercakap dengan kita .Itu sudah biasa.Kemanisannya akan tiba bila Allah akan mengurniakan kita kawan yang lebih baik dari kawan yang sebelumnya,bukan satu tapi seribu.Buktinya?Akulah buktinya.Ini gambar kawan-kawan baru aku.Rancangan Allah telah menemukan kami.Sebab tu jangan risau kalau kehilangan kawan,risau bila hilang Allah okay? tapi syukur alhamdulillah.. kawan2 aku tak pernah buat macam tu dkat aku sepnjang prjalanan perubahan aku...

#Dikatakan menunjuk nunjuk
Bila dah berubah,bila kita kongsi dekat orang kisah kita,orang akan cakap yang kita ni menunjuk-nunjuk.
"Ala,kau pon dulu macam baik,dulu jahat jugak".Macam-macam yang kita akan dengar dari mulut orang.Semua yang dekat sini ada facebook ada twitter kan?kalau kita post pasal hadis,pasal sunnah,nasihat,gambar mesti ada je yang cakap kita menunjuk.Katanya "kalau nak berubah,hati tu penting,takpayahlah nak menunjuk-nunjuk yang diri tu dah berubah."Mindset apa ni?Kalau yang tak berubah tu post gambar tak cukup kain,takde pulak dia nak tegur cakap "kalau nak pakai tak cukup kain tu takpayahlah nak menunjuk-nunjuk".*EH?Orang yang cakap kita menunjuk bila berubah ni akan membuatkan kita rasa down sikit.Betul tak?Tapi ingat ini hanya dugaan Allah untuk lihat kita ikhlas atau tak nak berubah.Biarkan mereka berkata mengikut pendapat syaitanTapi takpelah.Hanya Allah yang tahu niat kita,mulut manusia memang kita tak boleh nak tutup kan?Biarkan mereka.Bersabar.Berdoa semoga mereka dapat hidayah.

#Tak boleh menegur orang 
HAaaaaa Yang ni biasa sangat terjadi ni.Bila kita dah berubah menjadi orang yang lebih baik,dan kita merasakan ada tanggungjawab terpikul dibahu kita,maka kita pon tegur lah orang tu jangan buat perkaara macam ni macam tu dan macam ni.Apa yang dibalasnya ?Ada yang akan cakap terima kasih sebab tegur tapi ada jugak yang akan cakap "Ko siapa nak tegur aku?diri sendiri tak betul ada hati nak tegur orang"
Hai sahabat ku sekalian,selagi nama kita islam,kita layak tegur saudara kita yang lain,sila tengok hujah yang dia sampaikan bukan tengok diri dia.Fahamkan?Kalau hanya orang yang sempurna sahaja boleh menegur dan perbetulkan silap orang lain,maka nanti takde siapa yang akan berubah sebab memang tak ada manusia sempurna di muka bumi ini.

#Sombong & hodoh 
"Kau ni sombongkan sejak dah pakai macamni?ko tahu tak ko nampak gemok bila pakai macamni?ko nampak selekeh!Tak cantekla!Cuba pakai betul-betul."
Biarlah orang nak cakap kita tak cantik,kita pakai baju besar kita nampak gemuk,tapi kita dah jalankan tanggujawab kita sebagai orang islam.Its' okay kalau kita dapat kata-kata macamni,sekurang-kurangnya,ayah kita terlepas dari seksaan neraka di sana kelak.Kat dunia ni kita dah banyak susahkan ayah kita,takkan dekat akhirat kita nak susahkan dia lagi.Ye dak?

#Dipandang kolot/pelik
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234)"
_________________________________________________________________________________

ya Allah.. dekatkan aku denganMu andai jauh.. 

No comments:

Post a Comment