Thursday, 21 November 2013

Pemergian Seorang Putera Islam :'( Arwah Abang Ahmad Ammar

Assalammualaikum ,
Al-Fatihah buat arwah abang Ahmad Ammar :'(
Semoga Allah merahmati pemergianmu..
Pemergian abang amat memilukan :'(


"setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya.  (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.."
-al-imran:185





Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai  “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.






Jenazah arwah abang Ahmad Ammar berpeluh di dahi dan di keliling kelopak mata :'(








#Ketika ini , ramai yang bertolak2 sesama sendiri kerana mahu mengangkat jenazah arwah abang ahmad ammar ni :'( sebak hati ini ya Allah..

#Perbualan terakhir abang Ahmad Ammar dengan kakaknya :'(



Ya Allah :'( Engkau telah tunaikan permintaannya :'( Sungguh bertuah arwah abang..Cemburunya saya :'( Semoga saya juga pergi dalam keadaan seperti arwah abang ahmad ammar .

#Coretan Terakhir daripada Arwah abang Ahmad Ammar




Saya akan ingat kata kata abang ni :') 




Allahuakbar !! Allahuakbar !! 

"Dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita berehatlah bila mati nanti di Syurga'' -Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam"
Ya Allah , aku juga ini menjadi seperti arwah tersebut . Ya Allah , aku juga ingin mengikut jejak langkahnya . Ya Allah , aku ingin menjadi yang terbaik sepertinya . Ya Allah , aku ingin pergi dalam keadaan sepertinya.. Ya Allah , aku ingin menjadi pejuang agama sepertinya. Ya Allah , izinkanlah aku untuk meneruskan perjuangan seperti arwah . Ya Allah , makbulkanlah doaku ini sepertimana kau mengabulkan semua doa hamba-hambaMu ya Allah . aamin ya rabb :)

#SyurgaBuatMuAbang :')


No comments:

Post a Comment